Terima kasih atas sokongan ikhlas anda kepada pelayan Evergreen Classic. Sumbangan anda amat bermakna untuk menampung kos penyelenggaraan (server maintenance) dan penambahbaikan sistem.
Sebelum meneruskan sebarang transaksi, sila baca dan fahami terma di bawah:
1. Tidak Boleh Dikembalikan (Strictly Non-Refundable)
Segala bentuk transaksi sumbangan (donation) adalah muktamad. Pihak pengurusan sama sekali tidak akan melayan sebarang tuntutan pemulangan wang (refund) atas apa jua alasan sebaik sahaja transaksi berjaya disahkan. Sila pastikan anda membuat keputusan yang tepat sebelum menyumbang.
2. Transaksi Tunai Sahaja (Cash Only)
Semua urusan sumbangan mestilah dibuat secara penyelesaian penuh (pindahan bank dalam talian atau deposit tunai). Sebarang permohonan untuk berhutang, bayaran ansuran, atau janji bayar kemudian (IOU) adalah sama sekali tidak dibenarkan.
3. Pengecualian Barangan Belian
Sebarang barangan maya (in-game items), mata wang, atau Status VIP yang diterima oleh pemain adalah sebagai tanda penghargaan (reward) atas sumbangan ikhlas anda, dan ia bukanlah transaksi jual beli rasmi.
4. Hak Mutlak Pengurusan
Pihak pengurusan berhak untuk menarik balik sebarang ganjaran atau menyekat akaun (banned) sekiranya pemain didapati melanggar undang-undang pelayan (server rules) yang telah ditetapkan, tanpa sebarang amaran atau pampasan.
Dengan meneruskan transaksi ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan BERSETUJU sepenuhnya dengan semua Terma dan Syarat yang dinyatakan di atas.